This entry was posted on Rabu, November 13th, 2019 at 5:34 am and is filed under Acara. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
13.11.2019 Paparan dalam Acara
Kota ini telah memukau hati semua orang dengan kemegahannya tersendiri. Sudah tentu, rakan niaga kami akan sentiasa mengingati percutian ini dengan berkongsi serta menceritakan kepada rakan-rakan dan saudara-mara mereka tentang jalan-jalan yang indah di Praha atau lebih dikenali sebagai kota Prague, juga keindahan dan keunikan tempat bersejarah dan struktur seni bina, masakan tempatan dan restoran elegan dan mewah. Pada musim panas ini, InstaForex telah menjemput rakan niaga mereka ke Eropah, menaja perjalanan yang tidak dapat dilupakan ini. Justeru, InstaForex secara berbesar hati ingin berkongsi dengan anda lebih banyak kandungan aktiviti tentang peristiwa yang indah ini!
Perjalanan empat hari kami telah dijalankan pada bulan Ogos 2019. Para tetamu ditempatkan di Art Nouveau Palace, sebuah hotel bertaraf lima bintang yang terletak di tengah-tengah ibu kota. Tempat ini terkenal dengan sejarah dan populariti yang terkenal di kalangan selebriti. Hotel ini telah dikunjungi dan dijadikan sebagai tempat acara oleh bintang terkenal seperti Jacqueline Kennedy, Alain Delon, Gina Lollobrigida, Steven Spielberg, Cher, Uma Thurman, Rolling Stones, dan Scorpion.
Seperti kebanyakkan bandar-bandar Eropah yang lain, Prague mempunyai daya tarikan pelancong yang tersendiri dan juga tempat-tempat menarik yang mesti dikunjungi. Rakan niaga kami membuat lawatan berjalan kaki di sekitar daerah kota lama di bandar. Mereka dapat melawat serta mengunjungi banyak tempat yang menarik seperti Charles Bridge, salah satu kawasan yang paling indah di Eropah, serta Istana Prague yang merupakan pejabat Presiden Republik Czech pada masa kini. Menurut Guinness Book of World Records, ia adalah istana kuno terbesar di dunia.
InstaForex telah menyediakan kejutan yang menggembirakan untuk rakan niaga mereka – pertemuan bersama dengan Pasukan Loprais InstaForex, merupakan sebuah pasukan perlumbaan terkenal dan peserta tetap Dakar Rally. Selain perbualan biasa mengenai perlumbaan dan jentera yang digunakan, tetamu kami juga turut mempunyai peluang untuk merasakan sendiri bagaimana menjadi seorang peserta perlumbaan yang sebenar. Aleš Loprais yang merupakan ketua pasukan telah bersetuju untuk menunjukkan jentera yang digunakan dan menjawab setiap soalan mengenai perlumbaan. Beliau juga mempelawa untuk menaiki jentera trak perlumbaan dengan semua orang yang ingin merasakan seperti berada dalam perlumbaan sebenar.
Walau bagaimanapun, syarikat menyediakan satu lagi kejutan untuk para tetamu. Selepas pengembaraan di Dakar Rally, Aleš menjemput para tetamu kami ke Wine Chateau. Para tetamu berpeluang melawat kilang pemprosesan anggur, berjalan-jalan melalui ladang anggur, turun ke ruangan bawah tanah wain yang diperbuat daripada tong kayu oak lama, dan berpeluang mempelajari lebih banyak tentang tradisi kebudayaan masyarakat Republik Czech.
Sempena meraikan hari terakhir perjalanan yang penuh dengan kejutan ini, InstaForex membawa rakan niaga ke restoran Kampa Park yang sangat menawan sambil menikmati pemandangan Charles Bridge yang menakjubkan. Restoran ini merupakan lokasi kegemaran pelakon Hollywood, termasuk Brad Pitt, Angelina Jolie, Tom Cruise, serta ramai banyak lagi.
Anda boleh melihat laporan foto dan video.