This entry was posted on Khamis, Mei 6th, 2021 at 8:37 am and is filed under Acara. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
06.05.2021 Paparan dalam Acara
Kumpulan InstaForex mempunyai berita baik. Aplikasi Kursus Forex yang dibangunkan oleh syarikat pada baru-baru ini telah dimuat turun sebanyak 500 ribu kali. Setelah berusaha keras selama lima tahun, kekecewaan yang tidak dapat dielakkan, dan penemuan baru telah membuahkan hasil apabila pengguna memberikan komen seperti berikut: “Aplikasi ini sangat pintar dan mesra pengguna. Amat mudah untuk difahami. Terima kasih kepada pembangun aplikasi.” Melihat ke belakang, kini ia kelihatan seperti pengembaraan yang menakjubkan. Adakah anda tahu bagaimana semuanya ini bermula?
Segalanya bermula apabila salah seorang pelanggan kami mengajukan soalan kepada khidmat sokongan pelanggan. Pelanggan tersebut memberitahu kami bahawa dia benar-benar ingin belajar bagaimana untuk berdagang namun berdepan dengan masalah kekangan masa untuk mengumpulkan dan mengesahkan maklumat. “Adakah anda mempunyai aplikasi latihan yang dapat saya gunakan pada waktu senggang?” dia bertanya pada akhir penulisannya.
Mencari jawapan kepada persoalan ini, kami mengemukakan idea untuk mengembangkan aplikasi yang dapat membantu para pelanggan kami untuk meningkatkan kemahiran perdagangan mereka setiap kali mereka mempunyai masa terluang dan yakin akan kualiti maklumat yang ditawarkan. Oleh itu, kami memutuskan untuk membangunkan aplikasi percuma tanpa iklan sehingga semua pengguna kami mendapat akses tanpa had ke pengetahuan asas.
Idea ini bermula pada 13 Julai 2016. Dalam tempoh empat bulan, Kumpulan InstaForex telah melancarkan aplikasi dengan bank data latihan penuh untuk pedagang.
Berikut adalah peringkat utama pengembangan aplikasi Kursus Forex:
- Pada 9 November 2016, aplikasi dipaparkan dan ditambahkan ke Play Market;
- Pada 6 Januari 2017, kami menikmati kejayaan pertama dan seribu pengguna terawal telah memuat turun aplikasi;
- Pada 6 Februari 2017, seramai 5,000 pengguna telah menyertai aplikasi;
- Pada 28 Februari, bilangan pengguna meningkat kepada 10,000 orang;
- Pada 15 Julai, aplikasi ini dimuat turun sebanyak 50,000 kali;
- Pada 21 Disember 2017, aplikasi dimuat turun sebanyak 100,000 kali.
- Akhirnya, pada 26 Jun 2020, seramai 500,000 pengguna telah menyertai aplikasi ini. Ia dimuat turun di 228 buah negara. Sekiranya anda melihat peta dunia yang ditandakan dengan warna biru yang berbeza, anda akan melihat seberapa luas liputannya. Peta ini menunjukkan lokasi muat turun di beberapa buah negara di seluruh dunia pada 60 hari terakhir.
Kini kami bersedia untuk meraikan pengguna aplikasi kami yang ke sejuta 🙂
Apa itu aplikasi Kursus Forex dan siapakah yang memerlukannya?
Sekiranya anda masih belum mengetahui apa-apa mengenai aplikasi ini, Kursus Forex pasti menarik perhatian anda. Ia mengandungi kursus perdagangan dalam talian secara teori. Selain itu, anda boleh mendapatkan akses ke aplikasi pada bila-bila masa, menambah maklumat ke penanda halaman, dan menjejaki kemajuan anda dengan bantuan ujian.
Kursus ini terdiri daripada lima bahagian. Ini membantu pengguna untuk memahami maklumat dengan betul dan mengelakkan salah faham.
- Asas Perdagangan Forex adalah pengenalan kepada projek dan panduan ringkas mengenai konsep dan prinsip asas perdagangan.
- Analisis Teknikal Forex adalah bahagian yang mengandungi perincian analisis teknikal, jenisnya, dan kaedah ramalan.
- Analisis Fundamental Forex pula adalah bahagian yang difokuskan pada analisis fundamental.
- Pengurusan Modal dan Pengurusan Risiko membantu pengguna untuk mengembangkan strategi perdagangan dan mengajar mereka bagaimana untuk memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kerugian.
- Psikologi Perdagangan dari InstaForex akan menunjukkan bagaimana perasaan dan aspirasi setiap hari ditunjukkan dalam keadaan pasaran yang sukar. Ia mengajar pengguna bagaimana untuk mengawal emosi dan melihat sesuatu dengan jelas dalam keadaan tertekan.
Aplikasi ini tersedia dalam bahasa Rusia, Inggeris, Melayu, Indonesia, Cina, Czech, dan Slovak. Sewaktu penulisan ini, barisan pembangun aplikasi sedang berusaha untuk menambahkan bahasa Sepanyol dan Portugis, serta meningkatkan versi aplikasi iOS.
Nantikan kemas kini yang selanjutnya!
Untuk memuat turun aplikasi bagi Android dan iOS, sila klik pada pautan.