10.10.2022 Paparan dalam Acara

Banyak broker kini menawarkan program afiliasi, menjadikannya mudah untuk para pedagang membuat pilihan. Namun, bagaimanakah anda boleh memilih program afiliasi terbaik diantara ribuan tawaran yang lumayan dan menarik? Global Brands Magazine majalah UK terkemuka, menyediakan penyelesaian kepada pertanyaan ini. Majalah itu baru sahaja mengumumkan pemenang Anugerah Jenama Global 2022 yang menurutnya Program Afiliasi InstaForex diiktiraf sebagai yang terbaik pada 2022!
awards_510x350-1
Anugerah Program Afiliasi Terbaik – 2022 adalah bukti kukuh penghormatan dan kepercayaan lebih daripada 7,000,000 pelanggan dan rakan niaga InstaForex. Selain itu, anugerah ini telah menjadi satu jaminan reputasi kami yang mengagumkan.

Apa yang lebih menarik, Global Brands Magazine hanya mengiktiraf broker yang mempamerkan prestasi luar biasa dan memberi sumbangan besar kepada kemajuan industri kewangan dan dagangan.

Banyak institusi kewangan dan pusat urusan dagangan bersaing untuk merebut gelaran Program Afiliasi Terbaik – 2022. Namun begitu, InstaForex muncul sebagai pemenang. Kedua-dua penganalisis Global Brands Magazine dan pakar bebas mengambil bahagian dalam memilih pemenang. Selain itu, khidmat pembrokeran juga dapat memberi kesan kepada keputusan akhir dengan memberikan undian mereka di laman web majalah itu.

Global Brands Magazine merupakan salah satu penerbitan secara dalam talian terkemuka UK, memberikan pendapat dan berita tentang pelbagai jenama. Dengan menyampaikan anugerah tahunan, Global Brands Magazine bertujuan untuk mengiktiraf syarikat terbaik dalam sektor kewangan global.

Ini bukan kali pertama InstaForex memenangi anugerah daripada Global Brands Magazine. Pada tahun 2020, InstaForex telah menerima gelaran Program Afiliasi Terbaik 2020 oleh GBM. Pada tahun 2015, syarikat kami telah diiktiraf sebagai Jenama Forex Paling Inovatif di Asia.